Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi meningkatkan kuota pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja (RMC) dalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hingga 40 peratus.<br />Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan berdasarkan maklum balas yang diterima, graduan UPNM mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi di kalangan majikan.<br />Jelasnya lagi, UPNM merupakan institusi yang menitikberatkan akademik dan kenteraan, dan lebih ramai lepasan RMC cukup sesuai untuk ditempatkan di universiti tersebut.